31.12.09

0

Selamat Tahun Baru

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 1431H dan Selamat menyambut kedatangan 2010M malam ini. Dalam kemeriahan kita menyambutnya, janganlah kita lupa bahawa selangkah lagi kita menghampiri ajal. Beringatlah..

Bagi para guru dan pelajar, minggu depan sama ada 3 atau 4 haribulan, kita akan memulakan sesi persekolahan baru. Mudah-mudahan kita akan sentiasa tabah dan komited dalam menempuh cabaran dan berjaya dengan lebih cemerlang..

24.12.09

0

Kenapa Kita Abaikan Blog?

Cerita saya ini berkaitan entry pada blog NESCAFE AIS (MariBinaBlog)

Ramai yang teruja nak buat blog semata2 kerana orang lain buat duit dari blog. Saya tak nak cerita pasal orang lain, tapi pengalaman saya sendiri.. Saya pernah bercerita pada kawan tentang adsense saya yg mula membuahkan hasil... Terus saya dgr ramai kawan2 yg buat blog. Dulu bukan main sombong lagi, tak nak buat blog.. Alasannya, buang masa.. Bagi diri saya, saya rasa rugi kalau peluang ni tak diambil. Saya rasa agak cemburu pada angkatan muda yang telah awal2 terdedah dengan pendapatan melalui blog ini.

Namun begitu, ramai yang tidak sedar, bhw membina blog ni memerlukan komitmen yang besar, kalau benar2 ingin dijadikan duit. Selain kena mengkaji, kita juga kena rajin.

Nak buat blog ni sama macam orang cari makan, orang meniaga, orang nak gi perang,...cikgu nak gi sekolah.... he he.. tak de persediaan, jawabnya jadi hampeh le blog tu.. bayangkan cikgu gi sekolah tanpa tulis buku persediaan mengajar? Tak berterabur ke isi pelajaran??

Tulis blog ni pun kena bersedia dgn bhn2.. Lepas tu, pasang strategi, bila nak keluarkan.. set masa. barulah kos efektif..
 
Saya mengambil masa juga nak kaji bahan yg boleh dijadikan blog kira-kira hampir setahun. Tujuannya tidak lain supaya blog saya boleh bertahan lama dan boleh menarik ramai pembaca.. maka, sempena cuti panjang ni, terhasillah 4 buah blog:  

Saya memang berharap diberikan kekuatan utnuk sentiasa dapat memberikan entri yang berkualiti kepada pembaca.

0

Kucing oh kucing

Sedang saya merayap-rayap kat alam maya ni, terjumpa plak kucing gaduh ni kat blog CikguMalaysia.. Cerita banyak pun tak guna.. People said, "A picture speaks a thousand words" inikan pula video!

Layaaannnnn.....

22.12.09

0

Tukar kulit blog...

Seperti yang telah saya bincangkan dalam blog http://maribinablog.blogspot.com/, saya sekarang tukar kulit blog ni.. Kerjanya tak susah, cuma memakan masa sikit..

Saya bukan mahir dalam bahasa html ke, xml ke apatah lagi javascript.. Tapi, saya cepat jemu dengan layout yang ada... nak belajar, mungkin makan masa, so, cari le kulit2 blog yang dah dibuat orang ni... dapat free jer..

Saya akan cerita sikit macam mana saya lakukan...

  1. Saya save mana-mana maklumat sama ada kod html, text, links, dalam notepad.. kenapa notepad (bukan word file)? - sebab, saiz fail notepad jauh lebih kecil.
  2. Setiap fail yang saya save tadi, saya bagi nama yang senang seperti, kalau kod chatbox-"chat", kod adsence - "adsense".. Tapi sebelum tu, buat folder dulu... saya bagi nama "bkup cgu norza", pastu, sufolder.. kalau dulu blog saya ada 2 sidebar (tengah & kanan), so saya bagi nama -"side tengah", "side kanan", yang ada entry blog tu saya letak "main"
  3. lepastu, cut & paste jer lah... ke dalam notepad tu.. save, jgn lupa masukkan dalam subfolder yang betul.
  4. mana2 yang berbantuk link list @ blog list, kadang-kadang bila kita upload skin baru, akan hilang... terpaksa juga lah copy-paste juga dalam notepad...leceh juga.. tapi, nak seribu daya.. (kalau tak hilang, kira nasib baik lah). Skin saya yang baru ni nampaknya tak hilang.. so, selamat tenaga saya..
  5. Jangan lupa, setiap kali upload, preview dulu... takut2 dalam preview asal cantik, bila apply kat blog kita jadi lain plak...
  6. dah berkenan, confirm & save..
  7. lepastu, copy balik le yang dah backup tadi, satu-satu... semalam, saya ambil masa 1 jam 30 minit buat sampai siap.. another 5 jam, cuba nak modify html... (saja gatal tangan, nak test power).. sebenarnya tak perlu..
  8. Selesai! Selamat mencuba...

19.12.09

0

Rehlah...??

Semalam saya & keluarga pergi bersiar-siar ke rumah saudara melihat lembu feed-lot. Saja nak mencari ilmu tentang ternakan lembu yang menguntungkan ini...

Cak! Sempat dia posing pada kamera... Yang kanan ni, baru saja dibeli, yang sebelah kiri tu, jadi penunggu kandang...














Ha kan... dah tersangkut!.. Kepala dia ni besar, tapi sibuk nak posing...












Yang ni sedang proses pembiakan.. Yang kuning tu, betina...













Ayam pun ada...

Selapas ziarah, kami bertolak pula ke Kluang.. dengarnya ada satu restoran makanan segera Organik di sana... Teringin juga nak mencuba.

Namanya, RFC - Radix Fried Chicken. Khabarnya kehadiran restoran ini telah mencabar kewibawaan KFC.. Layan ye...


Tu dia... Khusyuk menikmati RFC

Ini hidangan yang saya pesan... sorry, dah makan separuh.. he he..

Ini pula airnya... Radix Cola, yang kurang bergas... sesuai untuk seisi keluarga.

 Jangan lupa order coleslaw ye...

Di mana? Cuma bersetentang dengan Kluang Mall.....

17.12.09

4

KPLI-KDC Pengajian Cina/Sains

Hari ini hari terakhir saya di IPTHO mengajar KPLI-KDC.. Semalam berlalu dengan lancarnya. Pelajar bagus, masing-masing memberikan tumpuan penuh dengan kuliah yang saya sampaikan.

Hari ini, sebelah pagi, kuliah lagi... tapi menjelang jam 11.30 pagi saya agihkan kerja untuk presentation petang nanti..



Kelihatan pelajar-pelajar sedang aktif berbincang dalam kumpulan.
Masing-masing kena present petang ni...






Sambil-sambil itu saya sempat juga buka blog ni. Nak tunggu mereka siap, lama juga ni..


Ada juga yang sempat posing pada kamera tu!
Enjoy juga mengajar kelas ini..









Ini meja pensyarah...
(macam pernah nampak??)


Lepas ini saya akan masukkan lagi entry sebelah petang, ketika mereka present..

9.12.09

4

Belilah Barang Buatan Malaysia

Sebenarnya saya beli ni pun untuk jangka masa panjang.. Setelah difikirkan pro & kontra dari segi mobility, functionality, harga... Maka saya pun ambil langkah nekad untuk membeli sebuah netbook..


CSL N1008
Harga? Seperti yang dinyatakan dalam internet & brosur, RM1099.00 sahaja. Tapi oklah sebab HD250GB, RAM1.6GB, USB ada 3 port, wifi, ada webcam lagi (1.3MP)! Cuma tak boleh bluetooth. Saya pun bukan banyak nak transfer guna bluetooth. Digit camera pun boleh guna USB cable.



Sekarang tengah cas bateri, saya letakkan atas organiser.. Tengok! Organiser pun lagi besar dari dia! Warnanya cantik.. Champagne colour.

Comel macam buku latihan pelajar je.




Cuba lihat, di bawah tu organiser.. Comel, kan?

Tak kurang hebat juga produk Malaysia ni. Cuma satu saja yang kurang, anda juga mungkin boleh agak, kalau harga komputer tu sangat murah, tentulah ia datang kosong (tanpa diisi software).. Ha! Sama lah yang ini pun.. Bila isi, tentulah yang pirate! Kalau nak isi yang genuine, bayar le xtra RM120.00.. He! He!

Macam manapun, saya nak galakkan anda belilah barang buatan Malaysia...






7.12.09

0

Peringatan Untuk Semua

Aku sedang meneroka You Tube lalu terpandang video ini :-



Video ini tidak mencerminkan apa yang sebenarnya berlaku, tetapi wajar dijadikan perumpamaan untuk kita ambil iktibar darinya...
Keadaan sedemikian akan terus terusan hingga habis semua sekali, lenyap dari cakerawala ini...

6.12.09

0

Akhirnya!

Setelah seminggu menunggu dengan penuh sabar, akhirnya CPU ni keluar juga dari ICU... Masuk ni dah 2 kali masuk ICU..
Aku rasa lemas juga sebab tak dapat nak update blog ni... Asyik tumpang komputer orang je..

Hmmm.... Setelah difikir-fikirkan aku rasa nak tukar je layout blog Malaysian Sight.. Mulanya aku tengok template ni menarik, tapi lepas aku cuba, tak banyak info yang dapat kau masukkan. Kesal juga sebab, di sebalik gambar tu banyak kisah yang boleh dikongsi bersama... Kadang-kadang telahan & tafsiran orang terhadap sesuatu gambar berbeza... bimbang maksud & niat aku tak sampai... So, tutup untuk sementara waktu kay??? Harap bersabar... Lepas ni bila dah menarik, sama-samalah kita follow memollow ye..

Related Posts with Thumbnails

Visit the Sponsor

My Links Exchange

|
|LinkShare  Referral  Prg | Personal blogs | Carta Top Blog Ukhwah.com | | Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia | BlogMalaysia.com | ButtonGenerator.com |

Pengikut

Ke Atas