28.5.11

0

Kursus Transformasi GC

Rasanya dah lama saya tidak menulis di blog ini...

Seminggu ni saya telah dikursuskan di KemBN di Gunong Pulai. Kursus diberi nama Kursus Profesionalisme Guru Cemerlang (tajuk surat). Setiba saya di sana, nama kursus telah berubah kepada Kursus Transformasi Birokrat Guru Cemerlang...?????

Apa pun nama diberi, tak kisah, isi kandungannya sama saja. Sebagai GC saya terima dengan positif saja. Tempat kursus tu pernah saya hadiri sebelum ini iaitu ketika saya di KPLI (Kursus BTN). Boleh saya bayangkan bilangan anak tangga yang bakal saya daki setiap hari. Tapi, dulu muda... sekarang???

Melihat pada jadual kursus, tiada jungle tracking tu dah kira ok...

Sampai di sana, saya rasa kecil kerana rama di kalangan pesertanya GC veteran... cuak juga... DG48, DG52 pergh! Mungkin ada yang dah DG54 cuma tak nak cakap jer..

Arahan parking kereta di bawah bukit hampir dengan gelanggang.... Aku tengok sayup ke bawah! Ketika panjat bukit untuk pendaftaran tu, rasa macam nak tercabut tali jantung... Pendaftaran berjalan lancar...

"Kamera / perakam tak dibenarkan"

Hari 1 dan 2 dipenuhi dengan slot BTN... Pengisiannya membuatkan hati aku membuak-buak... Macam dah nak jadi 13 Mei lagi sekali.... Semua maklumat disandarkan semata-mata dari data-data dan angka-angka.... Tak nak komen lebih-lebih... nanti masuk ISA

Masuk hari ke 3, slot nazir (JNJK)... Alhamdulillah! Akhirnya ada juga maklumat yang boleh diterima akal.. Aku gembira datang kursus ini sebab banyak maklumat yang selama ini aku rasakan amat payah nak dipenuhi rupanya mudah saja.. Standard sekolah, P&P dsb..

Stress nak siapkan presentation esok!

Hari ke 4, slot BPG... Orang IAB dijemput..! Malam sebelumnya dah buat ujian personaliti... rupanya aku ni orang jenis ICE (Investigative + Conventional + Enterprise)... Mana-mana pakar psikologi boleh komen...
Aku juga diperkenalkan dengan SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia)... Kalau pihak sekolah ada kemusykilan bolehlah buat Inhouse ye! Insya Allah saya cuba kongsi mana yang saya tahu.

GC DG32 kiri, GC DG52 kanan

Ahli wanita

Ahli Lelaki


Hari terakhir, dari sebelah malam, aku & kumpulan aku mengadap MGCM (Majlis Guru Cemerlang Malaysia). Sekali lagi SKPM kali ni fokus pada Aspek 4 iaitu P&P. LDK sampai lewat malam, sambung ke bilik. Pagi hari 5 tu tinggal present dan penutup saja

Ha! Ni yang mahalnya... Makan dalam TRAY!
Kesimpulanya, dalam ketidak relevanan ada juga yang bermanfaat untuk dibawa balik...




Wassalam,


Sila lawati blog lain:
http://nasheedtube.blogspot.com/
http://medansains.blogspot.com/
http://medanbiospm.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails

Visit the Sponsor

My Links Exchange

|
|LinkShare  Referral  Prg | Personal blogs | Carta Top Blog Ukhwah.com | | Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia | BlogMalaysia.com | ButtonGenerator.com |

Pengikut

Ke Atas