30.11.09

2

Hari Raya Haji


7.30 pagi
Inilah cahaya matahari pagi ketika Aidil Adha. Sinar yang gemilang terpancar di celah-celah pokok betik tepi rumah. Aku sebenarnya sedang update blog Malaysian Sight (Malaysia From My Point Of View) yang baru aku buat.. Sedang upload gambar-gambar menarik di situ.. Bukannya apa, cuma rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman aku sebagai rakyat Malaysia dan melihat Malaysia dari kaca mata aku..
 Sambil-sambil tu boleh juga aku bertakbir bersama orang dalam TV. Hubby dah gi sembahyang Raya.
 Sebentar lagi nak ke rumah ayah-bonda dan memulakan acara membakar sate...

--------------------------------------------------------------------------------------------------


8.30 pagi

Sampai di rumah ayah-bonda, jumpa pula si kecil 2 orang ni...
Yang kiri namanya Filzah Hannani (2th), yang kanan, Hana Zulaikha (5 bulan+... tak ingat, kena tanya mak dia). Main sebentar dengan dua orang ni.., tak sedar masa berlalu...
 Lepas puas main-main dengan budak-budak ni, cucuk sate pulak... Aku tak kira berapa banyak sate yang aku cucuk... Yang aku tau ada 6 kilo daging lembu, 6 kilo daging ayam & 2.5 kilo daging kambing.. Darablah sendiri...

---------------------------------------------------------------------------------------


9.50 pagi
Acara menyalakan bara api dilakukan... nampak terkial-kial dua orang ni nak nyalakan api... Tapi akhirnya menyala juga.. Teknologi moden ada... Tak lah lenguh sangat mengipas..
 Sate yang telah siap dicucuk mula dibawa keluar untuk dibakar.
 Tengah syok-syok bakar, pakar yang merasa (QC) sate kata, "Tak manis ler!" Alamak... macam mana nak buat ni???
 Terpaksalah ada sorang tu, mem'blend' gula & menggaulkan sate dengan gula (atas darat)... Nasib lah sapa yang dapat first trip tu...








Inilah rupa sate yang first trip tu... Banyak yang hangus daripada yang masak...









Si mamat ni, jarang-jarang dapat bakar sate, nampak kekok sikit dengan lidi sate tu. Banyak yang hangus & patah, masuk dalam tempat bara.
 Tak apa, sekejap je dah dapat buat dengan betul..

Gambar tengah makan sate tak dapat ambil sebab aku pun turut jadi tukang bakar lepas tu....

Acara tamat jam 2.30 ptg... Letih gilerrrrr.....




25.11.09

0

Terkenang Semasa Dulu


Majlis konvokesyen USM aku...

Hmmmm... Nampak slim.. Muda... yang di kiri dan kanan tu, junior2 ler.. Depa ni baru tahun satu... saja nak dapat feel macam mana rasanya konvo tu.... Aku dapat pakai sekejap je jubah.. Lepas tu, depa yang rembat, buat posing sana sini...

14 Ogos 1995

Dalam kenangan...

24.11.09

1

Kasih Suami kepada Isteri

Petikan di bawah, saya dapat dari group alumni saya ANSERI. Sejauh mana kebenarannya???

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.


Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua

minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata,

"Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

"Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh……"







23.11.09

0

Konsert!

Konsert Malam Hijrah - Bersama Ramli Sarip & Azhan (juara Akademi Nasyid)

Tarikh: 20 Dis (Ahad)
Tempat: Stadium Bandar Tenggara, Johor
Tiket: RM20.00

Tempahan:
Zainal - 0137185897,
Muhammad Jaya - 0137163186,
Pn. Fadilah - 0197875814,
Mohd. Mohzit - 0197175455

Anjuran: Azhan Production

DATANG BERAMAI-RAMAI!!!!




21.11.09

0

Sedang SPM!


Lihatlah wajah-wajah bakal pemimpin masa depan ini...
Mereka mungkin nakal,
Mereka mungkin manja,
Mereka mungkin pendiam,
Mereka mungkin ..... macam-macam lagi..
Tapi itulah murid-murid ku...

Sekarang mereka sedang menduduki peperiksaaan SPM.. Mereka sangat-sangat memerlukan doa & restu dari kita guru-guru...

Pernahkah ada guru yang tidak memaafkan? Pernahkah ada guru yang dendam?
Pernahkan ada guru yang tidak redha?

Muridku, semoga kejayaan milik kamu semua... Cikgu doakan setiap masa...

19.11.09

0

Pemandu Lelaki, Pemandu Perempuan

Artikel ini saya ambil dari laman blog Mantan Guru. Sila baca... Menarik!

Siapa pemandu lebih berhemah? Lelaki atau Perempuan?.
2. Lelaki anggap mereka pemandu paling pakar di jalanraya.

3. Lelaki percaya, mereka lebih pandai memandu kalau banding dengan isteri, ibu, nenek atau kakak mereka.

4. Kepercayaan ni biasanya tak dicabar; tapi sekarang tak lagi!

5. Ikut kajian, pemandu perempuan lebih berhemah dan selamat berbanding pemandu lelaki. Wah, sukanya orang perempuan!

6. Perangkaan menunjukkan, 9 kali ganda pemandu lelaki terlibat dengan kemalangan.

7. Kemalangan berlaku kerana pemandu lelaki memandu secara berbahaya -97 %.

8. Pemandu lelaki terlibat dengan kemalangan kerana memandu laju -83 %.

9. Kenapa macam tu? Kata ahli Psikologi Pengangkutan, pemandu lelaki suka ambil risiko di jalanraya.

10. Pemandu perempuan agaknya “tak rasa seronok” nak ambil risiko macam pemandu lelaki.

11. Namun perempuan ada juga “titik hitam” sebagai pemandu. Umumnya perempuan ni susah nak masuk atau keluar parking. Betul ke?

12. Ikut ststistik pihak insurans, pemandu perempuan lebih kerap langgar kereta yang ada kat parking lot tu. Selalu berlaku ketika mengundur. Kenapa gitu ye?.

13. Agaknya, bagi pemandu perempuan ni, di parking lot tu banyak kereta yang boleh sesakkan fikiran.

14. Awas, lelaki yang ada kereta baru dan masih berkilat tu, berhati-hati letak kereta di parking lot tu. Jangan kecil hati kalau kena gesel. Dah tau kat situ ramai perempuan parking, siapa suruh letak kereta baru kat situ?

15.Namun, hakikat yang tak dapat dinafikan, pemandu lelaki lebih kerap mandu dan lebih ‘batuan’nya jika banding dengan pemandu perempuan. Kalau pemandu lelaki 6,500 km, pemandu perempuan 2,900 km, setahun.

16. Lelaki ke, perempuan ke, apa2 pun, kena ada lesen memandu!





0

Simpan Fail untuk download

Banyak kali kita dengar fail-fail yang disimpan dalam HD, thumbdrive etc yang kena virus. Banyak kali juga kita dengar fail yang di attach pada e-mail tak boleh buka! Banyak cara untuk kita simpan fail sama ada untuk backup atau untuk share dengan orang lain. Satu caranya ialah dengan bawa saja thumbdrive kita, 'sedut' dari komputer orang (bersama-sama virusnya sekali), atau kita boleh simpan di alam 'maya' untuk di download kemudian.
Sesetengah pelayan (server) fail ini ada syarat tertentu, seperti fail yang disimpan, jika tak ada yang download dalam masa tertentu, akan dipadam dari server, banyak yang kena bayar! Saya suka guna pelayan ini
Join 4Shared Now!

Dulu ia menyediakan ruang 5GB untuk subskripsi percuma... Saya dah guna 3 tahun lebih... Sekarang boleh simpan sampai 10GB beb! FREE!! Senang nak share bahan, terutama kalau nak suruh murid2 download nota, soalan dsb..






17.11.09

0

Bacalah!


http://www.quranflash.com/en/index.html

Bacalah... Bacalah dengan nama Tuhanmu yang maha Pencipta......

Sambil-sambil layan blog, rasanya tak salah kita sama-sama membaca Al-Quran. Yang ini boleh di download secara percuma dan ada panduan terjemahan dalam pelbagai bahasa.

Bacalah....









16.11.09

0

Buat Duit Juga Tapi Dengan Bidvertiser

Kalau semua orang biasa dengan Adsense, saya banyak juga jumpa ruang buat duit dengan kaedah yang lebih kurang sama dengan itu iaitu




Namun begitu, sebelum anda memulakan aktiviti buat duit cara apa pun, cuba baca dahulu Privacy Policy blog ini yang saya letakkan di bawah muka surat ini. Bukannya apa, cuma takut anda melanggar Terms & Codition yang anda telah Sign masa mula-mula mendaftar dengan Adsense. Nanti kena banned susah pula..

Sila lihat links di bawah ini:-







Namun begitu ada beberapa panduan yang perlu anda baca dahulu KLIK SINI. Artikel atau e-book ini ditulis oleh orang yang dah lama menceburkan diri di dalam bisnes internet. Anda boleh cari e-book lain juga... Search saja... Yang penting RAJIN & DISIPLIN.

12.11.09

0

Sedikit Maklumat Tentang Adsense Untuk NEWBIES

Aku sedang melawat-lawat laman-laman otai blog dan terjumpa satu maklumat berguna yang ingin dikongsikan bersama. Satu ebook yang boleh dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja yang ingin pada kali pertamanya menyertai Adsense. Memang benar seperti yang dikatakan penulis, kali pertama terima wang dari Adsense akan membuat seseorang itu TAMAK hingga terlupa akan SYARAT-SYARAT ketat yang dipersetujui kali pertama Sign-up. Akibatnya akaunnya akan DIBATALKAN!... Tanpa notis...

Walaupun saya belum lagi menerima nasib sebegitu, mujurlah saya terjumpa ebook ini. Saya dapati maklumatnya sangat berguna untuk Adsense 'newbies'. Saya harap anda baca dulu buku ini sebelum menjadi tamak dan menanggung kerugian...

Anda boleh muat turun ebook Konspirasi Adsense di SINI. Antara isi kandungan yang dibincangkan penulis ialah:

Bahagian 1 -Apa itu program Google Adsense
Bahagian 2 -Siapakah Penulis
Bahagian 3 -Sejarah pembabitan dalam Adsense
Bahagian 4 -Akaun batal, bukan sekadar kehilangan wang ringgit..
Bahagian 5 -Proses muhasabah diri
Bahagian 6 -Akur dengan kelemahan diri
Bahagian 7 -Pantang Larang Adsense
Bahagian 8 -Tips guna lebih dari 2 akaun Adsense
Bahagian 9 -Alternatif kepada Adsense
Bahagian 10 -Apa kata otai Adsense
Bahagian 11 -Penutup

Untuk maklumat lain, anda boleh klik saja pada Link di sebelah kanan blog ini:
1) Link IT dan Blogging
2) Panduan Adsense (Penting!)

11.11.09

1

Terima Kasih Cikgu!

Lilin Seorang guru

0

Nasheed Tube

Kalau orang selalu kenal You Tube, kini ada Nasheed Tube.. He.. He... Aku saja je buat blog ni untuk berkongsi video-video nasyid dengan pembaca.
Blog ini belum sempurna lagi, tapi insya Allah aka diusahakan dalam cuti sekolah ni. Sambil-sambil buat kerja lain, boleh juga layan nasyid. Cuma sekarang aku tengah cari nasyid Michael Jackson yang heboh diperkatakan tu. Rasanya suara orang lain yang telah diremix je. Mungkin boleh diletakkan lagu-lagu MJ yang berunsur kemanusiaan sejagat kut... sebagai satu dari kategori dalam blog ni..

Cadangan???


0

Sami Yusuf - Allahu

Versi lagu asal sebelum dinyanyikan oleh Raihan...


10.11.09

0

Kursus AutoCAD

Alhamdulillah... selesai kursus AutoCAD yang menjerihkan selama 2 hari. Tempatnya di Kolej Komuniti Segamat 2, Batu Anam...

Aku paling syok sebab dapat ilmu baru yang tak pernah aku terfikir sebelum ni. Maklumlah, aku ni kan bidang Biologi, apa kaitannya dengan AutoCAD??? Hmmm.... Ceritanya tak lah panjang sangat. Di ringkaskan lagi, aku mengajar subjek Reka Cipta. So kenalah guna AutoCAD. Ada dalam silibus tu...

Yang penting, ialah apa yang aku dapat selama 2 hari tu. Memang banyak! Walaupun tak boleh dikatakan pakar, seban budak engine belajar 2 semester kat U. Mana boleh dapat yang sama dalam 2 hari... Tapi yang penting aku tak jakun lagi lah dengan benda ni. Dan yang penting sekali, aku boleh lah ajar student aku sikit2, tentang penggunaan menu2, design sikit2 bentuk2 asas. Depa ni pun bukan student sekolah teknik. Dalam silibus pun perlu sekadar aras pengetahuan jer... Maknanya kalau mereka masuk IPT nanti, tek lah jakun sangat...

Alhamdulillah... mudah-mudahan aku mampu curahkan apa yang aku belajar hari ni kat depa...

8.11.09

1

Guru-guru

Menjelang akhir tahun ni biasanya gu-guru akan sibuk dengan persiapan untuk tahun yang akan datang seperti, P&P, fail Panitia, pelan tindakan, pendaftaran kelab dan persatuan dsb. Tak kurang juga yang terlibat mengawas peperiksaan SPM dan STPM. Bagi yang tinggal, akan sibuk pula dengan menanda kertas peperiksaan akhir tahun.

Aku sambil-sambil tu, sempat juga melawat blog-blog rakan-rakan dan terpandang satu gambar yang unik, yang aku rasa jarang ada di sekolah lain.


 Gambar ini diambil oleh ajk majalah sekolah pada hari Rabu (hari unit uniform). Cuba lihat, tak banyak sekolah yang boleh buat macam kami...

p/s: Cuba cari, mana saya???

6.11.09

0

Sami Yusuf Graduation - Doctor of Letters



In recognition of his contribution to music and for being a pioneer in his field, Roehampton University honoured Sami with the prestigious Doctor of Letters Degree.




Graduation Speech at Guildford CathedralSami was officially awarded an Honorary Doctorate from Roehampton University in South-West London in recognition of his contribution to Music.

0

Irsyadee feat. Hafiz Hamidun Taubat Seorang Hamba Video Clip

Antara nasyid yang menyentuh perasaan... Layan...


0

Hargailah Ibu Kita.

Saya menonton video ini dengan penuh rasa hiba.... Mungkin anda juga...




 

This video really makes me cry...

5.11.09

0

Fardhu Haji

Selamat menunaikan fardhu Haji kepada semua jemaah haji tahun ini. Semoga memperoleh Haji mabrur dan selamat kembali.

Adikku akan bertolak pada 10 November nanti.... selamat berangkat.



0

Palestine Forever - Sami Yusuf

New song by Sami Yusuf dedicated to the children of Palestine and all those who are suffering daily by oppressive brutality.






We pray for you.... O Allah, please help Palestine...

3.11.09

0

Anything For You - Sami Yusuf




If there were a single sacred rose
On a mountain top that grows
Where nobody ever dares to go
For you I'd climb that mountain high
I would reach up to the sky
If that rose was your desire
Don't you know that I Would do anything
Would do anything For you
I would do anything
Would do anythingAnything for you For you,
I would sail the seven seas
Walk the deserts in between
Just to bring you anything you need
Nothing could ever be too much
Anything to show my love
Cos it gives me strength enough
Don't you
Don't you
Don't you know that I
Would do anything
Would do anything
For you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you
For you I would take on any trial
And I would walk on through the fire
You give me strength enough to face it all
You make me feel invincibleCos I would do anything
Anything for you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you
These things are nothing to
All the things you do for me
You are my dream come true
A love I never knew you see
I'd take on a mountain high
Just to see you smile for me
You make me want to be
The very best that I can be
I would do anything
Anything for you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you

0

Apa Khabar?

Sedang saya melayari blog-blog orang lain, saya rasa terpanggil untuk sama-sama melahirkan blog ini.
Saya bercadang untuk berkongsi bahan-bahan seperti nota-nota untuk pembaca terutama sekali yang berkaitan matapelajaran Sains Teras dan Biologi kerana saya mengajar subjek tersebut.
Bahan lain seperti bank soalan, saya hanya pautkan ke blog guru lain. Silalah kesana. Jika saya ada bahan soalan sendiri, saya akan kongsikan di sini kelak.

Related Posts with Thumbnails

Visit the Sponsor

My Links Exchange

|
|LinkShare  Referral  Prg | Personal blogs | Carta Top Blog Ukhwah.com | | Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia | BlogMalaysia.com | ButtonGenerator.com |

Pengikut

Ke Atas