Memaparkan catatan dengan label Affiliasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Affiliasi. Papar semua catatan

14.3.10

Al-Quran 15 dalam satu

QURAN SYAMIL 15 IN 1


Baru-baru ini saya merayap-rayap di alam siber dan terjumpa satu produk yang menakjubkan ini... Al-Quran 15 dalam satu. Sebenarnya saya baru saja membeli senaskah Al-Quran terjemahan perkata yang dijual RM100+ dalam 2 minggu lepas. Pada saya apa yang dilakukan itu sudah cukup hebat kerana mengandungi terjemahan per kata, terjemahan dan asbabun nuzul sekali...

Tapi kini ada yang lebih hebat lagi kerana boleh mengupas pelbagai aspek yang berkaitan cuma saya belum membelinya... "tapi berazam untuk membelinya dalam masa terdekat".

Produk yang bagus ini terutama sekali yang berkaitan dengan panduan hidup kita, saya rasa tidak rugi kita membelinya.

Harga promosi RM230 untuk 100 83 27 lagi
sebelum dinaikkan RM300
 
1. Al-Qur'an Terjemah Per Kata
2. Penterjemahaan Bahagian Agama
3. Tajwid Menggunakan Sistem Quantum Reading Qur'an
4. Panduan Hukum Tajwid
5. VCD Tutorial Sistem Quantum Reading Qur'an
6. Tafsir Al-Muyassar
7. Asbabunnuzul
8. Doa-doa dalam Al-Qur'an
9. Mukjizat Al-Qur'an
10. Indeks Al-Qur'an
11. Atlas Al-Qur'an
12. Kisah Para Nabi dalam Al-Qur'an
13. Zikir Al-Ma'surat
14. Intisari Ayat
15. Links to Related Articles


Klik SINI untuk maklumat lanjut..atau klik pada imej di bawah





Wassalam,

25.2.10

Dah Kering Idea?

Kadang-kadang kita terlalu sibuk untuk tulis blog,
Kadang-kadang kita tak tahu nak pilih apakah isu yang nak dimuatkan dalam blog,
Kadang-kadang kita kekeringan idea untuk dimuatkan dalam blog...

Baru-baru ini saya terjumpa satu iklan dalam e-mail, yang menariknya saya tak berminat pun pada mulanya nak buka iklan itu, tapi saya buka juga kerana tertarik dengan tajuknya "Daily Niche Ideas" (DNI).

Pelik! Saya biasa dengar tentang perlunya kita buat kajian niche untuk memastikan blog kita bermutu dan selalu dikunjungi pembaca.. Saya pun tak tahu lah sejauh mana dakwaan itu benar, kerana banyak juga blog yang saya kunjungi, isinya entah apa-apa... (termasuklah blog CikguNorza ni) sebab alasan penulisnya ialah hanya untuk ekspresi peribadi sahaja... dan kunjungan tak kurang hebat juga!

Bagi orang yang mengiklankan DNI ni, katanya kita tak perlu susah-susah nak buat kajian niche sebab semuanya telah mereka lakukan untuk kita... Setiap minggu mereka akan cadangkan artikel yang perlu di muatkan dalam blog setiap hari.. Isnin sampai Ahad tu! Pakej ini diberikan FREE pulak tu... Lapas tu, kalau nak monetize, biasalah guna adsense. Yang paling best pulak, boleh jadi AFFILIATE kalau ada orang beli pakej berbayar mereka!

Nak cerita banyak pun tak guna, klik saja pada gambar di bawah intuk info lanjut..

2.2.10

Menggunakan kaedah pengulangan untuk memperkasakan minda

Ramai yang berpendapat bahawa kuasa minda adalah sesuatu yang sukar dipelajari dan diaplikasikan dalam diri. Ini berikutan mereka yang gagal mengawal minda mereka berpendapat bahawa kuasa minda adalah karut dan sekadar teori semata-mata.


Adakah anda juga salah seorang mangsa yang gagal memperkasakan minda? Sebelum itu, tahukah anda bahawa statistik menunjukkan bahawa tindakan yang anda lakukan hari ini 90% datangnya daripada minda? Namun persoalannya sekarang, apakah kaedah terbaik yang disarankan supaya anda dapat menguasai minda?

Berdasarkan kajian pakar, kaedah pengulangan adalah salah satu teknik terbaik untuk memperkasakan minda. Dimana melalui pengulangan, ia dapat mewujudkan “kesedaran” dalam minda dalam keadaan tidak sedar untuk mula mempercayai sesuatu perkara. Untuk memudahkan pemahaman anda mengenai teknik pengulangan ini, saya menyediakan beberapa contoh pengulangan yang dapat membentuk minda yang positif.

• “Saya adalah seorang jutawan”

• “Saya mempunyai keluarga yang bahagia”

• “Saya sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi”

Saya yakin kebanyakkan daripada anda sudah mengetahui teknik pengulangan ini. Namun persoalannya ialah sejauh mana anda percaya dengan teknik ini? Dengan mula menanam kepercayaan bahawa teknik ini dapat menghasilkan kesan optimum, maka minda anda akan mula menerima isyarat untuk mempercayainya.

Berapa kerap saya perlu melakukan teknik ini supaya dapat melihat kesannya?

Bagi menjawab persoalan ini, ia bergantung pada keupayaan anda berkomunikasi dengan minda. Ada segelintir yang berjaya menguasainya dalam jangka masa yang singkat manakala segelintir individu mengambil masa bertahun-tahun sebelum dapat melihat kesannya. Walaubagaimanapun, disini saya sediakan beberapa saranan supaya dapat membantu anda untuk menguasai teknik pengulangan ini:

• Lakukannya sebaik sahaja anda bangun dari tidur dan sebelum anda tidur.

• Tutup mata anda dan cuba bayangkan apa yang anda katakan menjadi realiti.

• Hayati setiap perkataan yang anda luahkan itu supaya ia dapat mewujudkan kesan emosi pada diri dan minda anda.

Kesimpulannya teknik pengulangan ini memerlukan konsistensi agar minda anda dapat menerima isyarat tersebut secara perlahan-lahan. Apa yang perlu anda lakukan hari ini ialah mempercayai dan menghayati setiap perkataan yang anda luahkan kerana ia tidak akan berhasil jika anda sendiri tidak yakin dengan apa yang disebut.

28.1.10

E-Kamus

Kamus Untuk Pengguna Komputer


Penggunaan kamus secara berterusan secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan bahasa seseorang. Kekerapan membuat semakan akan dapat membuatkan kita dapat mengingati makna dan maksud sesuatu perkataan dengan lebih mudah, khususnya dalam bahasa asing. Namun demikian, untuk membawa kamus ke sana dan ke sini adalah meremehkan bagi kebanyakan orang. Bagi pengguna komputer, khususnya internet saban hari kita akan terjumpa dengan perkataan-perkataan baru ketika sedang melayari internet. Sayangnya kita tidak dapat memanfaatkan penemuan perkataan-perkataan baru tersebut untuk menambahkan perbendaharaan kata dan penguasaan bahasa kita. Ini disebabkan remehnya hendak membuat semakan di dalam kamus kerana kita terpaksa melakukan 2 kerja dalam satu masa - mengendalikan komputer dan membuat semakan di dalam kamus buku.

Menyedari hakikat ini sebuah syarikat Bumiputera, iaitu Alaf Teras telah memperkenalkan perisian e-Kamus pertama pada tahun 2000. Kini setelah 10 tahun berkecimpung membangunkan perisian e-kamus, e-Kamus 5.02 adalah merupakan versi paling terkini dan sofistikated dengan kemampuan mencari makna perkataan secara gerakan tetikus dan juga dwiklik. Ini adalah fungsi yang menarik di mana pengguna tidak perlu menaip huruf untuk mendapatkan makna sesuatu perkataan - cukup dengan gerakan tetikus atau dwilik pengguna akan melihat makna perkataan dengan hampir serta-merta di tetingkat khas e-Kamus 5.02 yang muncul. Pada masa yang sama pengguna dapat menentukan sendiri jenis kamus yang mereka ingin guna setiap kali menghidupkan perisian.

Perisian e-kamus 5.02 turut didatangkan dengan pelbagai pilihan jenis kamus yang semestinya menepati keperluan anda. Pada masa ini terdapat 17 jenis kamus yang anda boleh gunakan termasuk kamus-kamus istilah. Selain daripada itu perisian e-Kamus 5.02 juga mempunyai mempunyai penyemak ejaan Bahasa Melayu yang akan dapat berintegrasi dengan MS Words apabila perisian ini dipasang di komputer anda. Penyemak ejaan ini akan menandakan perkataan yang tersalah eja dan akan memberikan perkataan-perkatan cadangan. Jika anda seorang yang kerap menaip dan menyediakan dokumen dalam Bahasa Melayu, e-Kamus 5.02 juga adalah
merupakan pilihan yang tepat untuk anda.







Anda juga boleh terus ke laman web tersebut dengan mengikuti pautan di bawah ini.


Catatan oleh: Norza Mohd Saleh

Related Posts with Thumbnails

Visit the Sponsor

My Links Exchange

|
|LinkShare  Referral  Prg | Personal blogs | Carta Top Blog Ukhwah.com | | Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia | BlogMalaysia.com | ButtonGenerator.com |

Pengikut

Ke Atas