Memaparkan catatan dengan label Produk Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Produk Malaysia. Papar semua catatan

22.12.10

0

Lebih 600,000 lelaki mungkin tak dapat kahwin???

Saya tertarik dengan berita yang saya dengar dari Edisi 7 malam ni. Menurut hasil bancian 2010 yang lalu, penduduk Malaysia sudah lebih 27 juta orang!.. Wow!

Saya pun pergilah ke laman web berkenaan.. http://www.statistics.gov.my/ maka apa yang saya perolehi....

Laporan Kiraan Permulaan Banci 2010 mengandungi maklumat awalan bilangan penduduk, isi rumah dan tempat kediaman bagi Malaysia mengikut negeri dan daerah pentadbiran.

Laporan kiraan permulaan ini menunjukkan bahawa jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 27,565,821 orang iaitu terdiri daripada 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan. Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000–2010 ialah 2.17%. Semasa tempoh pembancian, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh Malaysia.

Namun apa yang lebih menarik perhatian saya ialah yang saya tebalkan itu! Kalau di tolak bilangan perempuan dengan lelaki, maka ada lebihan 659,513 lelaki yang bakal tak dapat pasangan hidup di Malaysia ini.
Atau ringkasan nisbahnya...
Nisbah jantina bagi Malaysia pada keseluruhannya menunjukkan terdapat 105 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Antara negeri yang menunjukkan trend nisbah jantina yang lebih tinggi daripada nisbah nasional ialah Johor (112), Pahang (111), Negeri Sembilan (107) dan Sabah (106). Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan nisbah jantina yang terendah iaitu 88 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Wow! Johor ada 112 lelaki : 100 perempuan! Bermakna setiap prempuan  berkahwin, ada 12 orang lelaki terpaksa gitit jari. Itu belum termasuk lelaki yang berkahwin lebih daripada satu (poligami).

Saya bukan hendak menentang poligami.. Cuma... Tak kasihankah anda wahai kaum Adam dengan kaum sejenis anda yang melepas tu?? Saya ambil orang Johorlah ya? Jika seorang lelaki berhasrat kahwin 2 bermakna bilangan nisbah wanita daripada 100 tinggal separuh (50). Bermakna, ada 112 - 50 = 62 orang lelaki akan tinggal bujang...! KESIANNN!!!!

Nasihat saya, LELAKI, lebarkan sayap anda untuk ke seberang... cari orang dari luar Malaysia!
PEREMPUAN, jangan jadi orang terdesak nak cari pasangan! Pilihan kita banyak!!!








Wassalam,


Sila lawati blog lain:
http://nasheedtube.blogspot.com/
http://medansains.blogspot.com/
http://medanbiospm.blogspot.com/

9.12.09

4

Belilah Barang Buatan Malaysia

Sebenarnya saya beli ni pun untuk jangka masa panjang.. Setelah difikirkan pro & kontra dari segi mobility, functionality, harga... Maka saya pun ambil langkah nekad untuk membeli sebuah netbook..


CSL N1008
Harga? Seperti yang dinyatakan dalam internet & brosur, RM1099.00 sahaja. Tapi oklah sebab HD250GB, RAM1.6GB, USB ada 3 port, wifi, ada webcam lagi (1.3MP)! Cuma tak boleh bluetooth. Saya pun bukan banyak nak transfer guna bluetooth. Digit camera pun boleh guna USB cable.



Sekarang tengah cas bateri, saya letakkan atas organiser.. Tengok! Organiser pun lagi besar dari dia! Warnanya cantik.. Champagne colour.

Comel macam buku latihan pelajar je.




Cuba lihat, di bawah tu organiser.. Comel, kan?

Tak kurang hebat juga produk Malaysia ni. Cuma satu saja yang kurang, anda juga mungkin boleh agak, kalau harga komputer tu sangat murah, tentulah ia datang kosong (tanpa diisi software).. Ha! Sama lah yang ini pun.. Bila isi, tentulah yang pirate! Kalau nak isi yang genuine, bayar le xtra RM120.00.. He! He!

Macam manapun, saya nak galakkan anda belilah barang buatan Malaysia...






Related Posts with Thumbnails

Visit the Sponsor

My Links Exchange

|
|LinkShare  Referral  Prg | Personal blogs | Carta Top Blog Ukhwah.com | | Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia | BlogMalaysia.com | ButtonGenerator.com |

Pengikut

Ke Atas