Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 1431H dan Selamat menyambut kedatangan 2010M malam ini. Dalam kemeriahan kita menyambutnya, janganlah kita lupa bahawa selangkah lagi kita menghampiri ajal. Beringatlah..
Bagi para guru dan pelajar, minggu depan sama ada 3 atau 4 haribulan, kita akan memulakan sesi persekolahan baru. Mudah-mudahan kita akan sentiasa tabah dan komited dalam menempuh cabaran dan berjaya dengan lebih cemerlang..
31.12.09
Selamat Tahun Baru
24.12.09
Kenapa Kita Abaikan Blog?
Cerita saya ini berkaitan entry pada blog NESCAFE AIS (MariBinaBlog)
Ramai yang teruja nak buat blog semata2 kerana orang lain buat duit dari blog. Saya tak nak cerita pasal orang lain, tapi pengalaman saya sendiri.. Saya pernah bercerita pada kawan tentang adsense saya yg mula membuahkan hasil... Terus saya dgr ramai kawan2 yg buat blog. Dulu bukan main sombong lagi, tak nak buat blog.. Alasannya, buang masa.. Bagi diri saya, saya rasa rugi kalau peluang ni tak diambil. Saya rasa agak cemburu pada angkatan muda yang telah awal2 terdedah dengan pendapatan melalui blog ini.
Namun begitu, ramai yang tidak sedar, bhw membina blog ni memerlukan komitmen yang besar, kalau benar2 ingin dijadikan duit. Selain kena mengkaji, kita juga kena rajin.
Nak buat blog ni sama macam orang cari makan, orang meniaga, orang nak gi perang,...cikgu nak gi sekolah.... he he.. tak de persediaan, jawabnya jadi hampeh le blog tu.. bayangkan cikgu gi sekolah tanpa tulis buku persediaan mengajar? Tak berterabur ke isi pelajaran??
Tulis blog ni pun kena bersedia dgn bhn2.. Lepas tu, pasang strategi, bila nak keluarkan.. set masa. barulah kos efektif..
Saya mengambil masa juga nak kaji bahan yg boleh dijadikan blog kira-kira hampir setahun. Tujuannya tidak lain supaya blog saya boleh bertahan lama dan boleh menarik ramai pembaca.. maka, sempena cuti panjang ni, terhasillah 4 buah blog:
- cikgunorza - peribadi, apa-apa isu
- medan sains - tips menjawab SPM Science & Biology
- nasheed tube - pengumpulan nasyid2 dari You Tube dan download dari Amazon.com
- malaysian sights - pandangan saya terhadap Malaysia
Kucing oh kucing
Sedang saya merayap-rayap kat alam maya ni, terjumpa plak kucing gaduh ni kat blog CikguMalaysia.. Cerita banyak pun tak guna.. People said, "A picture speaks a thousand words" inikan pula video!
Layaaannnnn.....
22.12.09
Tukar kulit blog...
Seperti yang telah saya bincangkan dalam blog http://maribinablog.blogspot.com/, saya sekarang tukar kulit blog ni.. Kerjanya tak susah, cuma memakan masa sikit..
Saya bukan mahir dalam bahasa html ke, xml ke apatah lagi javascript.. Tapi, saya cepat jemu dengan layout yang ada... nak belajar, mungkin makan masa, so, cari le kulit2 blog yang dah dibuat orang ni... dapat free jer..
Saya akan cerita sikit macam mana saya lakukan...
- Saya save mana-mana maklumat sama ada kod html, text, links, dalam notepad.. kenapa notepad (bukan word file)? - sebab, saiz fail notepad jauh lebih kecil.
- Setiap fail yang saya save tadi, saya bagi nama yang senang seperti, kalau kod chatbox-"chat", kod adsence - "adsense".. Tapi sebelum tu, buat folder dulu... saya bagi nama "bkup cgu norza", pastu, sufolder.. kalau dulu blog saya ada 2 sidebar (tengah & kanan), so saya bagi nama -"side tengah", "side kanan", yang ada entry blog tu saya letak "main"
- lepastu, cut & paste jer lah... ke dalam notepad tu.. save, jgn lupa masukkan dalam subfolder yang betul.
- mana2 yang berbantuk link list @ blog list, kadang-kadang bila kita upload skin baru, akan hilang... terpaksa juga lah copy-paste juga dalam notepad...leceh juga.. tapi, nak seribu daya.. (kalau tak hilang, kira nasib baik lah). Skin saya yang baru ni nampaknya tak hilang.. so, selamat tenaga saya..
- Jangan lupa, setiap kali upload, preview dulu... takut2 dalam preview asal cantik, bila apply kat blog kita jadi lain plak...
- dah berkenan, confirm & save..
- lepastu, copy balik le yang dah backup tadi, satu-satu... semalam, saya ambil masa 1 jam 30 minit buat sampai siap.. another 5 jam, cuba nak modify html... (saja gatal tangan, nak test power).. sebenarnya tak perlu..
- Selesai! Selamat mencuba...
19.12.09
Rehlah...??
Semalam saya & keluarga pergi bersiar-siar ke rumah saudara melihat lembu feed-lot. Saja nak mencari ilmu tentang ternakan lembu yang menguntungkan ini...
Ha kan... dah tersangkut!.. Kepala dia ni besar, tapi sibuk nak posing...
Yang ni sedang proses pembiakan.. Yang kuning tu, betina...
Selapas ziarah, kami bertolak pula ke Kluang.. dengarnya ada satu restoran makanan segera Organik di sana... Teringin juga nak mencuba.
Namanya, RFC - Radix Fried Chicken. Khabarnya kehadiran restoran ini telah mencabar kewibawaan KFC.. Layan ye...
17.12.09
KPLI-KDC Pengajian Cina/Sains
Hari ini hari terakhir saya di IPTHO mengajar KPLI-KDC.. Semalam berlalu dengan lancarnya. Pelajar bagus, masing-masing memberikan tumpuan penuh dengan kuliah yang saya sampaikan.
Hari ini, sebelah pagi, kuliah lagi... tapi menjelang jam 11.30 pagi saya agihkan kerja untuk presentation petang nanti..
Kelihatan pelajar-pelajar sedang aktif berbincang dalam kumpulan.
Masing-masing kena present petang ni...
Sambil-sambil itu saya sempat juga buka blog ni. Nak tunggu mereka siap, lama juga ni..
Ada juga yang sempat posing pada kamera tu!
Enjoy juga mengajar kelas ini..
9.12.09
Belilah Barang Buatan Malaysia
Comel macam buku latihan pelajar je.
7.12.09
Peringatan Untuk Semua
Aku sedang meneroka You Tube lalu terpandang video ini :-
Video ini tidak mencerminkan apa yang sebenarnya berlaku, tetapi wajar dijadikan perumpamaan untuk kita ambil iktibar darinya...
Keadaan sedemikian akan terus terusan hingga habis semua sekali, lenyap dari cakerawala ini...
6.12.09
Akhirnya!
Setelah seminggu menunggu dengan penuh sabar, akhirnya CPU ni keluar juga dari ICU... Masuk ni dah 2 kali masuk ICU..
Aku rasa lemas juga sebab tak dapat nak update blog ni... Asyik tumpang komputer orang je..
Hmmm.... Setelah difikir-fikirkan aku rasa nak tukar je layout blog Malaysian Sight.. Mulanya aku tengok template ni menarik, tapi lepas aku cuba, tak banyak info yang dapat kau masukkan. Kesal juga sebab, di sebalik gambar tu banyak kisah yang boleh dikongsi bersama... Kadang-kadang telahan & tafsiran orang terhadap sesuatu gambar berbeza... bimbang maksud & niat aku tak sampai... So, tutup untuk sementara waktu kay??? Harap bersabar... Lepas ni bila dah menarik, sama-samalah kita follow memollow ye..
Visit the Sponsor
Blog Famili Saya
-
Eid Mubarak 1440H (2019M)5 tahun yang lalu
-
Jelajah Muar 20186 tahun yang lalu
-
-
BILA STRESS MELANDA13 tahun yang lalu
-
Outlandish-Life is A Loom14 tahun yang lalu
-
Malaysian Autos - Cars (Part 1)15 tahun yang lalu
-
Extreme Proton Iswara Bodykits15 tahun yang lalu
-
PORT POLISHED HISTORY15 tahun yang lalu
-
-
My Links Exchange
Pengikut
Search
Categories
- Affiliasi (4)
- Bidvertiser (1)
- Buat Duit Dengan Blog (2)
- Food (1)
- Ilmu Adsense (3)
- KPLI (1)
- Produk Malaysia (2)
- Resipi (1)
- Stormreaders (1)
- Tips Blogging (2)
- Tukar template (1)
- Tutorial Blog (1)
- personal (18)
Browse & Click
Quick Linker
-
Cikgu Norza
My Business
Demi Masa

Langgan
About Me
Link Exchange!
Sponsors
Blog Pendidik
Tips Menjawab Sains SPM
-
Selamat menyambut "Aidil Fitri10 tahun yang lalu