19.11.09

Pemandu Lelaki, Pemandu Perempuan

Artikel ini saya ambil dari laman blog Mantan Guru. Sila baca... Menarik!

Siapa pemandu lebih berhemah? Lelaki atau Perempuan?.
2. Lelaki anggap mereka pemandu paling pakar di jalanraya.

3. Lelaki percaya, mereka lebih pandai memandu kalau banding dengan isteri, ibu, nenek atau kakak mereka.

4. Kepercayaan ni biasanya tak dicabar; tapi sekarang tak lagi!

5. Ikut kajian, pemandu perempuan lebih berhemah dan selamat berbanding pemandu lelaki. Wah, sukanya orang perempuan!

6. Perangkaan menunjukkan, 9 kali ganda pemandu lelaki terlibat dengan kemalangan.

7. Kemalangan berlaku kerana pemandu lelaki memandu secara berbahaya -97 %.

8. Pemandu lelaki terlibat dengan kemalangan kerana memandu laju -83 %.

9. Kenapa macam tu? Kata ahli Psikologi Pengangkutan, pemandu lelaki suka ambil risiko di jalanraya.

10. Pemandu perempuan agaknya “tak rasa seronok” nak ambil risiko macam pemandu lelaki.

11. Namun perempuan ada juga “titik hitam” sebagai pemandu. Umumnya perempuan ni susah nak masuk atau keluar parking. Betul ke?

12. Ikut ststistik pihak insurans, pemandu perempuan lebih kerap langgar kereta yang ada kat parking lot tu. Selalu berlaku ketika mengundur. Kenapa gitu ye?.

13. Agaknya, bagi pemandu perempuan ni, di parking lot tu banyak kereta yang boleh sesakkan fikiran.

14. Awas, lelaki yang ada kereta baru dan masih berkilat tu, berhati-hati letak kereta di parking lot tu. Jangan kecil hati kalau kena gesel. Dah tau kat situ ramai perempuan parking, siapa suruh letak kereta baru kat situ?

15.Namun, hakikat yang tak dapat dinafikan, pemandu lelaki lebih kerap mandu dan lebih ‘batuan’nya jika banding dengan pemandu perempuan. Kalau pemandu lelaki 6,500 km, pemandu perempuan 2,900 km, setahun.

16. Lelaki ke, perempuan ke, apa2 pun, kena ada lesen memandu!





0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Visit the Sponsor

My Links Exchange

|
|LinkShare  Referral  Prg | Personal blogs | Carta Top Blog Ukhwah.com | | Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia | BlogMalaysia.com | ButtonGenerator.com |

Pengikut

Ke Atas