9.12.09

4

Belilah Barang Buatan Malaysia

Sebenarnya saya beli ni pun untuk jangka masa panjang.. Setelah difikirkan pro & kontra dari segi mobility, functionality, harga... Maka saya pun ambil langkah nekad untuk membeli sebuah netbook..


CSL N1008
Harga? Seperti yang dinyatakan dalam internet & brosur, RM1099.00 sahaja. Tapi oklah sebab HD250GB, RAM1.6GB, USB ada 3 port, wifi, ada webcam lagi (1.3MP)! Cuma tak boleh bluetooth. Saya pun bukan banyak nak transfer guna bluetooth. Digit camera pun boleh guna USB cable.



Sekarang tengah cas bateri, saya letakkan atas organiser.. Tengok! Organiser pun lagi besar dari dia! Warnanya cantik.. Champagne colour.

Comel macam buku latihan pelajar je.




Cuba lihat, di bawah tu organiser.. Comel, kan?

Tak kurang hebat juga produk Malaysia ni. Cuma satu saja yang kurang, anda juga mungkin boleh agak, kalau harga komputer tu sangat murah, tentulah ia datang kosong (tanpa diisi software).. Ha! Sama lah yang ini pun.. Bila isi, tentulah yang pirate! Kalau nak isi yang genuine, bayar le xtra RM120.00.. He! He!

Macam manapun, saya nak galakkan anda belilah barang buatan Malaysia...






7.12.09

0

Peringatan Untuk Semua

Aku sedang meneroka You Tube lalu terpandang video ini :-



Video ini tidak mencerminkan apa yang sebenarnya berlaku, tetapi wajar dijadikan perumpamaan untuk kita ambil iktibar darinya...
Keadaan sedemikian akan terus terusan hingga habis semua sekali, lenyap dari cakerawala ini...

6.12.09

0

Akhirnya!

Setelah seminggu menunggu dengan penuh sabar, akhirnya CPU ni keluar juga dari ICU... Masuk ni dah 2 kali masuk ICU..
Aku rasa lemas juga sebab tak dapat nak update blog ni... Asyik tumpang komputer orang je..

Hmmm.... Setelah difikir-fikirkan aku rasa nak tukar je layout blog Malaysian Sight.. Mulanya aku tengok template ni menarik, tapi lepas aku cuba, tak banyak info yang dapat kau masukkan. Kesal juga sebab, di sebalik gambar tu banyak kisah yang boleh dikongsi bersama... Kadang-kadang telahan & tafsiran orang terhadap sesuatu gambar berbeza... bimbang maksud & niat aku tak sampai... So, tutup untuk sementara waktu kay??? Harap bersabar... Lepas ni bila dah menarik, sama-samalah kita follow memollow ye..

Related Posts with Thumbnails

Visit the Sponsor

My Links Exchange

|
|LinkShare  Referral  Prg | Personal blogs | Carta Top Blog Ukhwah.com | | Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia | BlogMalaysia.com | ButtonGenerator.com |

Pengikut

Ke Atas