13.2.11

Bait Muslim, Setakat Mana Relevannya Dalam Perjuangan??

Kita selalu dengar tentang Bait Muslim terutama ketika masih study. Saya tak nafikan kepentingan bait Muslim ini. Saya juga bertemu dengan suami melalui bait Muslim.

Namun begitu, untuk kesinambungan perjuangan tidak hanya bergantung dengan bait Muslim sahaja. Kerana tidak ada bukti kukuh ataupun statistik yang signifikan yang mengesahkan bahawa hanya melalui bait Muslim sahaja maka kesinambungan perjuangan seseorang ahli jamaah. 

Pokok atau asasnya hanya keimanan. Apa yang saya nampak, kebanyakan orang yang lari dari perjuangan hanya kerana sudah selesa dengan gaya hidup yang mereka nikmati selepas memperoleh pekerjaan. Apatah lagi setelah berumah tangga (dengan ahli jamaah ataupun bukan).

Sebagai kakitangan kerajaan memang terdapat sedikit kekangan yang perlu dihadapi, terutama daripada majikan (Ketua Jabatan). Tapi harus diingat, setelah anda disahkan jawatan, bukan mudah mereka hendak memberhentikan kita kerana terdapat pelbagai peraturan dan prosedur yang perlu mereka ikuti. Selagi kita tidak mengabaikan tugas rasmi kita, mereka TIDAK BOLEH berhentikan kita. Paling jauh kita hanya akan ditukarkan tempat bertugas. Bagi orang yang belum disahkan jawatan, harap sahabat yang lain dapat bersabar seketika dan memberi mereka ruang sementara kerana kedudukan mereka yang masih rapuh. 

Mungkin ada yang tidak setuju dengan pendirian saya ini. Namun ada satu soalan yang ingin saya lontarkan pada anda. Bukankah kita keluar berjuang ini memerlukan kewangan? Jika sahabat kita bertugas sepenuh masa dengan jamaah, anda sudi menampung sara hidup mereka??? Jawabnya TIDAK PERNAH ADA!!!!

Maaf, mungkin saya terpesong tajuk sedikit... tetapi ada kaitannya. Bagi yang telah berumah tangga, masalah ini merupakan halangan utama mereka. Sebab itu sering kita dengar banyak ahli kita yang "ghaib" dari perjuangan walaupun mereka berkahwin dengan sesama jamaah.

Kita berjuang perlukan wang! Siapa yang mahu beri kita wang kalau bukan kita cari sendiri? Di sini datagnya keimanan dan kekuatan istiqamah kita. Selain masalah kewangan, penglibatan pasangan kita dalam gerak kerja jamaah sering "mencabar kesabaran" kita. 

Jika kita mahu istiqamah dan terus berjuang dalam jamaah yang kita sayangi ini, kita MESTI bersedia:
  1. untuk ditinggal sendirian selalu
  2. menyelesaikan masalah keluarga sendirian
  3. berdikari dalam semua hal
  4. memberikan pandangan bernas kepada pasangan sekiranya dia dalam kebuntuan
  5. tidak menambah masalah yang boleh menambahkan serabut di fikiran pasangan
  6. tidak mudah CEMBURU BUTA
  7. menyumbangkan kewangan untuknya
  8. tolong menjelaskan kepada keluarga pasangan sekiranya timbul persoalan
  9. mewakili pasangan jika ada jemputan majlis yang tidak dapat dihadirinya
Perkara-perkara yang saya gariskan di atas BUKAN HANYA untuk para isteri sahaja tetapi untuk para suami yang isterinya merupakan pejuang yang aktif!

Saya harap perkongsian pengalaman yang saya alami ini dapat membantu anda dalam mendepani mehnah dalam perjuangan.

Wassalam,


Sila lawati blog lain:
http://nasheedtube.blogspot.com/
http://medansains.blogspot.com/
http://medanbiospm.blogspot.com/

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Visit the Sponsor

My Links Exchange

|
|LinkShare  Referral  Prg | Personal blogs | Carta Top Blog Ukhwah.com | | Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia | BlogMalaysia.com | ButtonGenerator.com |

Pengikut

Ke Atas