9.9.10

Berjayakah Aku Ramadhan???

Dalam kesibukan dengan persiapan menyambut Hari Lebaran, terdetik di hati saya betapa cepatnya Ramadhan berlalu. Sudahkah cukup kita merebut segala hikmah dan fadhilat yang dijanjikan Allah kepada kita selama ini? Sempatkah kita menemui Ramadhan lagi tahun hadapan? Atau kita hanya bersuka-suka melepaskan dendam dengan makan, makan dan makan? Tambahan lagi, dengan semakin hampirnya kita dengan Aidil Fitri, adakah kita sudah menunaikan kewajipan kita membayar Zakat?

Bukan tak boleh kita membuat persiapan menyambut Aidil Fitri... Bukankah Aidil Fitri ini melambangkan kemenangan kita menempuh segala dugaan sepanjang Ramadhan. Hari kita kembali kepada Fitrah (tanpa dosa), kita raikan kejayaan kita mencuci dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Sudahkah kita merebut peluang ini tahun ini?

Betapa ramai lagi saudara-saudaraku yang alpa di luar sana. Masih leka dengan godaan-godaan baik dari godaan lapar & dahaga, godaan tawaran membeli belah, godaan kuih muih di bazar Ramadhan hingga akhirnya melakukan pembaziran yang amat dimurkai Allah Ta'ala. Maka sia-sialah amalan puasa mereka sepanjang hari itu, malah mungkin amalan sepanjang Ramadhan ini habis hanyut bagai pasir dilanda ombak, bagai lumpur dilanda arus.

Mungkin ada antara mereka (yang putus asa) yang memperlekeh luahan hati saya ini. Mungkin ada ayat-ayat sumbang yang berkata, "Alah! Yang cakap tu pun dah pasti masuk Syurga ke?"

Ingin saya ingatkan pada golongan "kecundang" ini... Tiada manusia dapat pastikan dirinya masuk Syurga kecuali hanya Rasul, keluarganya & sahabat yang beriman kerana Allah memang jamin syurga untuk mereka. Kalau nak ditunggu orang begini beri nasihat baru anda nak ikut, saya bimbang anda mati dalam kesesatan! Ketika itu tak guna nasihat lagi!

Renung-renungkanlah saudaraku....

Wassalam,


Sila lawati blog lain:
http://nasheedtube.blogspot.com/
http://medansains.blogspot.com/
http://medanbiospm.blogspot.com/

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Visit the Sponsor

My Links Exchange

|
|LinkShare  Referral  Prg | Personal blogs | Carta Top Blog Ukhwah.com | | Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia | BlogMalaysia.com | ButtonGenerator.com |

Pengikut

Ke Atas