21.7.10

Susahnya!

Dalam hati banyak nak sumbang untuk anak-anak kita agar berjaya dalam peperiksaan. Antaranya, telah lahir dua buah blog Tips menjawab SPM iaitu;

Tetapi nak menulis blog yang bermutu dan boleh digunakan sebagai rujukan peperiksaan bukannya mudah. Apatah lagi bila memikirkan aras kognitif pelajar-pelajar kita yang pelbagai..

Sebab itu kalau anda semua pernah ziarah dua blog ini, jarang sekali saya update. Maklumlah, mana nak kumpul bahan yang sesuai, lepas tu, nak tulis arahan dan panduan untuk menjawab dengan jelas supaya mampu difahami oleh kebanyakan aras kognitif (kalau tak dapat semua pun).

Saya berharap anda dapat memberi sokongan dalam bentuk idea dan pandangan yang bernas atau cadangan sumber rujukan lain yang boleh saya gunakan untuk menambah baik blog-blog saya itu.

Kenapa saya tak menulis blog yang memuatkan nota-nota pelajaran saja? Sebab... dah ramai orang buat begitu... Tak perlu bertindan kerja.. saya sudah pun letakkan link ke blog-blog berkenaan pada blog saya itu.

Projek seterusnya... nak buat buku... doakan saya agar diberikan kekuatan...

Wassalam,

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Visit the Sponsor

My Links Exchange

|
|LinkShare  Referral  Prg | Personal blogs | Carta Top Blog Ukhwah.com | | Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia | BlogMalaysia.com | ButtonGenerator.com |

Pengikut

Ke Atas