28.1.10

E-Kamus

Kamus Untuk Pengguna Komputer


Penggunaan kamus secara berterusan secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan bahasa seseorang. Kekerapan membuat semakan akan dapat membuatkan kita dapat mengingati makna dan maksud sesuatu perkataan dengan lebih mudah, khususnya dalam bahasa asing. Namun demikian, untuk membawa kamus ke sana dan ke sini adalah meremehkan bagi kebanyakan orang. Bagi pengguna komputer, khususnya internet saban hari kita akan terjumpa dengan perkataan-perkataan baru ketika sedang melayari internet. Sayangnya kita tidak dapat memanfaatkan penemuan perkataan-perkataan baru tersebut untuk menambahkan perbendaharaan kata dan penguasaan bahasa kita. Ini disebabkan remehnya hendak membuat semakan di dalam kamus kerana kita terpaksa melakukan 2 kerja dalam satu masa - mengendalikan komputer dan membuat semakan di dalam kamus buku.

Menyedari hakikat ini sebuah syarikat Bumiputera, iaitu Alaf Teras telah memperkenalkan perisian e-Kamus pertama pada tahun 2000. Kini setelah 10 tahun berkecimpung membangunkan perisian e-kamus, e-Kamus 5.02 adalah merupakan versi paling terkini dan sofistikated dengan kemampuan mencari makna perkataan secara gerakan tetikus dan juga dwiklik. Ini adalah fungsi yang menarik di mana pengguna tidak perlu menaip huruf untuk mendapatkan makna sesuatu perkataan - cukup dengan gerakan tetikus atau dwilik pengguna akan melihat makna perkataan dengan hampir serta-merta di tetingkat khas e-Kamus 5.02 yang muncul. Pada masa yang sama pengguna dapat menentukan sendiri jenis kamus yang mereka ingin guna setiap kali menghidupkan perisian.

Perisian e-kamus 5.02 turut didatangkan dengan pelbagai pilihan jenis kamus yang semestinya menepati keperluan anda. Pada masa ini terdapat 17 jenis kamus yang anda boleh gunakan termasuk kamus-kamus istilah. Selain daripada itu perisian e-Kamus 5.02 juga mempunyai mempunyai penyemak ejaan Bahasa Melayu yang akan dapat berintegrasi dengan MS Words apabila perisian ini dipasang di komputer anda. Penyemak ejaan ini akan menandakan perkataan yang tersalah eja dan akan memberikan perkataan-perkatan cadangan. Jika anda seorang yang kerap menaip dan menyediakan dokumen dalam Bahasa Melayu, e-Kamus 5.02 juga adalah
merupakan pilihan yang tepat untuk anda.







Anda juga boleh terus ke laman web tersebut dengan mengikuti pautan di bawah ini.


Catatan oleh: Norza Mohd Saleh

26.1.10

Watikah...

Isnin baru-baru ini berlangsung upacara penyerahan watikah pelantikan pengawas sekolah... Malangnya tetamu yang dijemput tidak dapat hadir di saat-saat akhir.. Upacara ini dilangsungkan sekali dengan watikah untuk ketua & penolong ketua kelas... kecil-kecilan saja... nak buat grand, bajet ciput...


Tuan Pengetua sedang berucap pada pembukaan majlis, seterusnya merasmikan Majlis Penyerahan Watikah...

Kelihatan beliau memakai songkok berjalur putih tanda berkabung di atas kemangkatan DYMM Almarhum Sultan Johor..







Orang kuat majlis.... Macam kenal????
Pakai tudung putih.... berkabung juga..














Wajah Ketua Pengawas yang baru.. tenang... cool...
Pelajar ini merupakan harapan sekolah untuk cemerlang dalam SPM


 



Penolong Ketua Pengawas 1... Tegas, ceria...




Penolong Ketua Pengawas 2... Sistematik, serius...
Harapan sekolah untuk sasaran 10A SPM 2010





Nak cerita panjang-panjang pun nanti banyak buat silap... So kesimpulannya selesai penyerahan watikah, kami bergambar beramai-ramai...


Gambar Pengawas SMK Seri Medan 2010

17.1.10

Stormreader

Apa khabar semua? Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat dengan rakan-rakan berkenaan perniagaan yang saya beru sertai..

 
Bak kata Sifu-Lan, dia tak gemar MLM... Sebenarnya saya pun tak gemar juga.. Tapi oleh kerana program lebih kepada menyampaikan ilmu, saya rasa terpanggil untuk join sebagai memenuhi fardhu kifayah & tuntutan agama...

 
Dengan mendaftar sebagai ahli, anda akan mendapat e-kedai yang boleh menjual barangan seperti kitab-kitab, buku-buku motivasi & e-book secara percuma.. tak perlu simpan stok dengan modal yang besar seperti MLM lain.. harga buku pun lebih kurang sama dengan yang dibeli di kedai.. So, anda tidak menzalimi pembeli. Layout e-kedai anda adalah seperti di bawah...

 

Anda boleh log in dan edit mengikut kesukaan anda dengan templat menarik yang disediakan.. Setiap jualan terkumpul e-kedai akan diberi ganjaran kepada anda sebanyak 20%.. untuk maklumat lanjut boleh klik pada poster di atas..
Antara penyumbang penulisan buku ialah:
  • Ustaz Ismail Kamus
  • Ustaz Zahazan
  • Ustazah Sit Nur Bayah
  • Dato' Dr Mohd. Fadhilah Kamsah
  •  Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet)
  • Chef Kamarul (A-La Cart - NTV7)
  • Chef Sabri (Spice Route - TV3) dan lain-lain lagi...

Related Posts with Thumbnails

Visit the Sponsor

My Links Exchange

|
|LinkShare  Referral  Prg | Personal blogs | Carta Top Blog Ukhwah.com | | Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia | BlogMalaysia.com | ButtonGenerator.com |

Pengikut

Ke Atas