16.2.10

Web Anjung Tamu

Laman Anjung Tamu


Alhamdulillah, baru semalam saya dapat siapkan laman web homestay saya, Anjung Tamu... Prosesnya agak menjerihkan. Maklumlah terpaksa mengumpul maklumat dulu, belajar dari homestay orang lain, tengok macam mana mereka persembahkan produk.

Mulanya ingat cuma nak buat blog saja, tapi nampak macam kurang........ So saya putuskan untuk hasilkan laman web dan rasa ia lebih sesuai. Rupa bentuknya lebih kurang begini..


macam agak besar nak embed kat sini... Tengok lah macam mana...

Rasanya ok lah tu.. so, kawan-kawan, silakan lah melawat apa yang ada, hasil yang tak seberapa dari orang yang tak reti IT..

12.2.10

Merentas Desa - Part 1

Pada Sabtu yang lepas telah diadakan satu kejohanan merentas desa peringkat sekolah... Latihan telahpun dimulakan sejak minggu ke dua naik sekolah... Para pelajar sangat-sangat teruja untuk berlari kerana trek yang begitu mencabar dalam kejohanan ini. Tahun lepas sekolah kami dipilih menjadi tuan rumah kejohanan merentas desa peringkat MSSJ..kerana trek yang menarik ini... Layan...

Sebahagian dari persediaan oleh guru-guru sebelum memulakan acara merentas desa.... MAKAN DULU!!!!







Para marshal kejohanan sibuk memanaskan enjin motorsikal untuk mengiringi peserta di sepanjang trek perlumbaan.









Sebahagian pelajar yang mengetuai acara pemanas badan & strecthing ... 2 dari kanan, wakil sekolah & Daerah ke MSSJ..




Cikgu-cikgu perempuan pun nak berlari juga ni...
Eh!!! Ye ke???









Rumah Hijau - Panglima
Rumah Merah - Perwira
Rumah Kuning - Hulubalang
Rumah Biru - Laksmana





1....2....3....4....5....6....7....8....






Sementara orang lain sibuk memanas badan, budak-budak PBSM saya bersedia untuk ke check-point masing-masing... "Jangan lupa pakai topi keledar, ye!" itu pesanan saya.... Kelihatan juga sebuah pacuan empat roda dari jabatan kesihatan... Ramai juga yang terpaksa diusung balik...



2.2.10

Menggunakan kaedah pengulangan untuk memperkasakan minda

Ramai yang berpendapat bahawa kuasa minda adalah sesuatu yang sukar dipelajari dan diaplikasikan dalam diri. Ini berikutan mereka yang gagal mengawal minda mereka berpendapat bahawa kuasa minda adalah karut dan sekadar teori semata-mata.


Adakah anda juga salah seorang mangsa yang gagal memperkasakan minda? Sebelum itu, tahukah anda bahawa statistik menunjukkan bahawa tindakan yang anda lakukan hari ini 90% datangnya daripada minda? Namun persoalannya sekarang, apakah kaedah terbaik yang disarankan supaya anda dapat menguasai minda?

Berdasarkan kajian pakar, kaedah pengulangan adalah salah satu teknik terbaik untuk memperkasakan minda. Dimana melalui pengulangan, ia dapat mewujudkan “kesedaran” dalam minda dalam keadaan tidak sedar untuk mula mempercayai sesuatu perkara. Untuk memudahkan pemahaman anda mengenai teknik pengulangan ini, saya menyediakan beberapa contoh pengulangan yang dapat membentuk minda yang positif.

• “Saya adalah seorang jutawan”

• “Saya mempunyai keluarga yang bahagia”

• “Saya sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi”

Saya yakin kebanyakkan daripada anda sudah mengetahui teknik pengulangan ini. Namun persoalannya ialah sejauh mana anda percaya dengan teknik ini? Dengan mula menanam kepercayaan bahawa teknik ini dapat menghasilkan kesan optimum, maka minda anda akan mula menerima isyarat untuk mempercayainya.

Berapa kerap saya perlu melakukan teknik ini supaya dapat melihat kesannya?

Bagi menjawab persoalan ini, ia bergantung pada keupayaan anda berkomunikasi dengan minda. Ada segelintir yang berjaya menguasainya dalam jangka masa yang singkat manakala segelintir individu mengambil masa bertahun-tahun sebelum dapat melihat kesannya. Walaubagaimanapun, disini saya sediakan beberapa saranan supaya dapat membantu anda untuk menguasai teknik pengulangan ini:

• Lakukannya sebaik sahaja anda bangun dari tidur dan sebelum anda tidur.

• Tutup mata anda dan cuba bayangkan apa yang anda katakan menjadi realiti.

• Hayati setiap perkataan yang anda luahkan itu supaya ia dapat mewujudkan kesan emosi pada diri dan minda anda.

Kesimpulannya teknik pengulangan ini memerlukan konsistensi agar minda anda dapat menerima isyarat tersebut secara perlahan-lahan. Apa yang perlu anda lakukan hari ini ialah mempercayai dan menghayati setiap perkataan yang anda luahkan kerana ia tidak akan berhasil jika anda sendiri tidak yakin dengan apa yang disebut.

Related Posts with Thumbnails

Visit the Sponsor

My Links Exchange

|
|LinkShare  Referral  Prg | Personal blogs | Carta Top Blog Ukhwah.com | | Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia | BlogMalaysia.com | ButtonGenerator.com |

Pengikut

Ke Atas