Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :
1. Ilmu pengetahuan - Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan
2. Amalan - Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
3. Kekayaan - Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
4. Hati - Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
5. Tubuh badan - Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
6. Cinta - Membazir jika dicurahkan kepada Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
7. Masa - Membazir jika tidak diurus sebaiknya
8. Akal - Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
9. Zikir - Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati
Sahabat semua, muhasabahlah diri kita sebelum kita juga tergolong dalam golongan tersebut..
Wassalam,
Eid Mubarak 1440H (2019M)
5 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan