Alhamdulillah... selesai kursus AutoCAD yang menjerihkan selama 2 hari. Tempatnya di Kolej Komuniti Segamat 2, Batu Anam...
Aku paling syok sebab dapat ilmu baru yang tak pernah aku terfikir sebelum ni. Maklumlah, aku ni kan bidang Biologi, apa kaitannya dengan AutoCAD??? Hmmm.... Ceritanya tak lah panjang sangat. Di ringkaskan lagi, aku mengajar subjek Reka Cipta. So kenalah guna AutoCAD. Ada dalam silibus tu...
Yang penting, ialah apa yang aku dapat selama 2 hari tu. Memang banyak! Walaupun tak boleh dikatakan pakar, seban budak engine belajar 2 semester kat U. Mana boleh dapat yang sama dalam 2 hari... Tapi yang penting aku tak jakun lagi lah dengan benda ni. Dan yang penting sekali, aku boleh lah ajar student aku sikit2, tentang penggunaan menu2, design sikit2 bentuk2 asas. Depa ni pun bukan student sekolah teknik. Dalam silibus pun perlu sekadar aras pengetahuan jer... Maknanya kalau mereka masuk IPT nanti, tek lah jakun sangat...
Alhamdulillah... mudah-mudahan aku mampu curahkan apa yang aku belajar hari ni kat depa...
Eid Mubarak 1440H (2019M)
5 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan