17.7.14

0

Tip Ringkas Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang. (Jangan bergaduh!)

 http://www.illustrasiaku.com/wp-content/uploads/2014/07/CDM-25-214x140.jpg
1. Jika ada org langgar kereta anda dari belakang, jgn panik dan bawa bertenang.
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.
3. Slps anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yg ada kamera dan keluar drpd kereta anda.
Ingat! Jgn ambil sebarang alatan yang merbahaya spt stearing lock, parang, peralatan yg diperbuat dpd besi dsg, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kpd org lain dan harta benda awam.
4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yg langgar anda td.
5. Apabila pemandu kenderaan yg langgar anda td keluar drpd kenderaannya, sapa lah dia dgn baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dgnnya, ttp jgnlah terus maki hamun kpdnya.
6. Tanyakan kpdnya dgn baik knp dia langgar kereta anda td? Kebiasaannya dlm situasi sebegitu masing2 akan cuba menyalahkan satu sama lain.
Kawal kemarahan anda, jgn bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jln raya yg lain.
7. Kalau boleh minta tengok drp pemandu yg langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.
8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jgn paksa dia mengaku atau paksa dia byr wang kpd anda. Just bagitahunya, dari segi undang2, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain drpd belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yg melanggar itu.
9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang drpdnya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yg anda biasa berurusan utk menilai berapakah kerosakan kereta anda.
Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh2 walaupun anda ada urusan lain. Lagi cpt anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.
10. Jgn lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.
11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jgn serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dpt segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.
12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.
13. Dgn report polis tadi pergi ke jpj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yg langgar kereta anda td.
14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim utk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.
Mudah bukan?? Tak perlu gaduh2 dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kpd perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang2. .
Patuhilah undang2 yg tlh ditetapkan!

Copy & Paste dari: Salkukhairi bin Abdul Sukor (Peguambela & Peguamcara)

Wassalam,


Sila lawati blog lain:
http://nasheedtube.blogspot.com/
http://medansains.blogspot.com/
http://medanbiospm.blogspot.com/

16.7.14

0

Macam mana nak kenal TUKANG SIHIR?


Mengenali tukang sihir
  1. Meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa yang pernah dipakai oleh pesakit seperti kain, baju, sapu tangan dan sebagainya
  2. Menyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah; Adakalanya melumurkan darahnya kebahagian tubuh yang sakit ataupun mencampakkan sembelihan ketempat yang sunyi.
  3. Memberi azimat-azimat tertentu
  4. Membaca jampi serampah ke atas azimat itu dan menggunakan bahasa yang tidak difahami
  5. Menggunakan kain yang berbentuk empat segi di dalamnya ada beberapa huruf atau nombor
  6. Menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air selama masa tertentu biasanya selama empat puluh hari. Tanda ini menunjukkan bahawa jin yang melayani tukang sihir tersebut beragama kristian
  7. Menyuruh pesakit supaya menghindari orang atau memencilkan diri selama masa tertentu di bilik yang tidak di masui sinar mentari
  8. Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah
  9.  Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan disuruh berasap denganya
  10. Dia membaca sesuatu yang tidak difahami
  11. Memberi tahu pesakit tentang namanya, negeri asalnya dan persoalan yang akan ditanyakan
  12. Menulis huruf-huruf pada potongan kertas atau  pada tembikar bewarna putih dan menyuruh pesakit melarutkannya di dalam air dan meminumnya.
 Diambil dari: http://ustazsharhanshafie.blogspot.com/2012/05/mengenali-tukang-sihir.html

Wassalam,


Sila lawati blog lain:
http://nasheedtube.blogspot.com/
http://medansains.blogspot.com/
http://medanbiospm.blogspot.com/

10.6.11

0

Tanda-tanda Kena Santau????

Rasa tak puas menonton Al-Kuliyyah tadi... kisah ilmu hitam... Rupanya dalam Al- fatihah yang kita baca 5 kali sehari itu mengandungi pendinding terhadap segala anasir termasuk santau...

Tapi yang saya nak kongsikan di sini ialah tanda-tanda utama seseorang kena santau..

Waktu jaga (tidak tidur):

  1. batuk berlarutan
  2. batuk berdarah
  3. sentiasa sakit belakang terutama kawasan belakang bahu
  4. lenguh sendi-sendi besar spt lutut, siku
  5. nafas berbau
  6. biru pada kuku
  7. lebam bawah mata
  8. gatal-gatal seluruh badan macam eczema
  9. haid tidak tentu
  10. keguguran diperingkat awal mengandung
Waktu tidur:
  1. mimpi ular... (jika dipatuk, confirm!)
  2. mimpi jatuh dari tempat tinggi
  3. mimpi dikejar haiwan bisa / buas
  4. mimpi diancam / ditikam benda tajam
  5. mimpi bayi (kalau hingga menyusukan, confirm!)
  6. waktu bangun tidur, terdapat kesan lebam-lebam di seluruh anggota badan...
Cuba kita perhatikan tanda-tanda di atas, ada tak pada kita???? Kalau ada harap berubat segera...

Ust. Zamdurrani juga pesan nak pilih rawatan juga perlu hati2.

Jangan berubat kalau itu...
  1. menggunakan asap
  2. menurun
  3. minta pengeras
  4. memberi tangkal - kain / benang etc
  5. diri perawat itu pun tak sempurna aurat/solatnya
  6. orang itu mendakwa beliau paling bagus dalam ilmu rawatan tersebut & tak bersandar pada Allah
Setakat itu saya mampu kongsi dengan anda semua... Wallahu A'lam

Wassalam,


Sila lawati blog lain:
http://nasheedtube.blogspot.com/
http://medansains.blogspot.com/
http://medanbiospm.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails

Visit the Sponsor

My Links Exchange

|
|LinkShare  Referral  Prg | Personal blogs | Carta Top Blog Ukhwah.com | | Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia | BlogMalaysia.com | ButtonGenerator.com |

Pengikut

Ke Atas