11.6.10

0

Rehlah Di Bumi Allah - Bhg. 2

Kita sambung lagi...

Sebelah petang kami cuba ke sungai.. Tapi airnya sangat deras & menyeramkan...

Inilah keadaan arus sungai selepas hujan.

Kami pun berjalan-jalan sekitar tebing sungai sambil makan 'jajan' yang dibawa dari rumah.. Petang tu sangat membosankan. Namun.... setelah sejam kami menunggu, kelihatan air mula agak tenang sedikit.. Kami pun turun di bahagian tebing dan dapatlah mencelup badan dalam air akhirnya..

Baik punya pose!

Uih! Payah nak bangun ni...
Sempat lah kami menggigil kesejukan selepas mandi.... Yang penting, tak terkilan..

Sebelah malamnya, di sekitar Taman Rekreasi Ulu Bendul tak ada aktiviti perniagaan. Semua gerai tutup & gelap. Yang ada cuma lampu jalan menerangi sekitar. Kebetulan masa tu, ada sekumpulan pelajar dari PJ datang camping. So, ada lah orang lain di situ..

Ingatkan ini saja dinner kami malam tu..

Selepas Maghrib, suami ajak jalan-jalan cari makan di pekan Kuala.Pilah.. Menyusur jalan yang diterangi lampu sepanjang jalan. Kira hebat juga Majlis Perbandaran Kuala Pilah, sebab mampu pasang lampu yang begitu banyak!

Akhirnya kami sampai di satu tempat makan bernama Restoran Warisan.. Canggih juga restoran tu.. terletak di pinggir sawah, setentang dengan jalan ke Istana.. Sampai saja, kami dihidang dengan minuman Air Jando Pulang (air kelapa + gula enau). First time aku cuba air tu. Sedap juga.. Tapi malangnya gelas kecil sangat..

Depan aku tu, air cikong panas..
Alhamdulillah, sedap makanan di situ... Cuma MAHAL!

Esoknya, jam 6.45pg masuk sungai lagi....

Air sungai dah kembali tenang
Kami berendam hingga jam 8.30 pagi. Bayangkan, kecut tak kecut jari?
Wassalam,

8.6.10

0

Rehlah di bumi Allah... Bhg 1.

Assalamualaikum,

Baru pulang dari berehlah bersama keluarga. Dah lama rasanya tak berehlah begini.. Asyik bekerja & berjuang saja.. Kali ini kami ambil sedikit masa yang diberi Allah untuk berehlah sambil melihat keajaiban dunia ciptaan-Nya.

Destinasi kami ialah ke Negeri Sembilan D. K. Tempat utama, Lata Ulu Bendul. Bertolak dari rumah sekitar jam 8.00 pagi, memandu dengan santai dan tiba di sana kira-kira jam 12.30 tgh. RAMAINYA!!! Nak mandi tak lalu rasanya..

Suami termenung tak dapat mandi.. celup kaki saja nampaknya.

Kami pusing-pusing & check-in kat chalet milik Jab Hutan. Terkejut betul! Satu chalet RM10.00 saja?? Betul ke yang saya dengar ni? Ya, betul! Satu chalet dengan 2 katil 2 tingkat, RM10.00. Suami tempah satu unit lagi... Jumlah RM20.00 sahaja.

Lepas Zuhur, keluar jalan-jalan ke pekan Seremban.. Sesak dengan kereta.. Perut lapar, kami singgah di Ampangan cari lauk 'authentic' Negeri Sembilan.. Jumpa! Sayur rebung lemak cili api. Tapi daging salai tak ada.

Jalan Seremban - Kuala Pilah dah tak macam dulu.. LANCARRRR!!! Macam jalan nak ke Cameron Highland

Kami menyusuri jalan di pekan Seremban sambil melihat tempat-tempat yang menjadi nostalgia suami... MPRM!


Pintu masuk MPRM kebanggan suami

Hari semakin mendung, nak shopping tak jadi, nak tengok komuter terbantut sebabnya?? TRAFFIC JAM.. So, pulang saja ke penginapan kami.. dengan hajat nak mandi sungai setelah keadaan reda... tapi apa yang ada??

Air yang sebelah tengahari, tenang dan damai...

Air jeram di sebelah petang... Mengerikan!


Wassalam,

4.6.10

0

Kursus YPJ

Wah! Dah lama betul tak tulis kat sini... He! Orang tamak, selalu macam tu... bila kemaruk buat blog, itulah jadinya.

Saya tulis ni pun sebab nak share dengan kawan-kawan pasal kursus yang saya baru ikuti... Masa mula-mula dapat surat panggilan kursus, nampak letter headnya dari JPN.. macam biasa saja.. Nak tingkatkan prestasi matapelajaran Bio rupanya.. Kena bawa laptop, HSP, buku teks dan yang berkaitan... Dalam hati mula berbisik.. "nak buat item lah ni.." Bila difikir-fikir, naik seram sejuk juga... maklumlah, bila buat item biasanya kursus berlanjutan hingga dinihari.. Penat tu!

Sampai saja di hotel (di Batu Pahat jer....malu nak claim!), dah ramai peserta check-in. Sempat juga jumpa kawan-kawan lama di U dan kawan-kawan ketika menanda... Hati jadi tambah seram sejuk bila nampak GC (guru cemerlang2) pun ada!

Tapi bila kursus bermula, rupanya tak lah teruk sangat. Kursus ni lebih kepada perkongsian teknik mengajae Biologi dengan mudah sepaya pelajar mudah faham dan boleh menjawab SPM dengan tepat. Terima kasih kepada guru-guru cemerlang yang sudi berkongsi idea..

Macam biasalah bila ada kursus, ada pembentangan.. Tang ni yang tak syok tu.. Geng kumpulan tolak saya ke depan... Sebagai guru tak sepatutnya kita gugup bila berada depan khalayak, betul tak?? Maka terjadilah apa yang kawan-kawan boleh tengok dalam gambar-gambar berikut ni..


Alamak! Nampak gemuk la dari tepi...


Hmph! Dari depan lagi teruk!


Harap dapat mengajar dengan lebih berkesan...

Wassalam,

Related Posts with Thumbnails

Visit the Sponsor

My Links Exchange

|
|LinkShare  Referral  Prg | Personal blogs | Carta Top Blog Ukhwah.com | | Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia | BlogMalaysia.com | ButtonGenerator.com |

Pengikut

Ke Atas