28.1.10

E-Kamus

Kamus Untuk Pengguna Komputer


Penggunaan kamus secara berterusan secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan bahasa seseorang. Kekerapan membuat semakan akan dapat membuatkan kita dapat mengingati makna dan maksud sesuatu perkataan dengan lebih mudah, khususnya dalam bahasa asing. Namun demikian, untuk membawa kamus ke sana dan ke sini adalah meremehkan bagi kebanyakan orang. Bagi pengguna komputer, khususnya internet saban hari kita akan terjumpa dengan perkataan-perkataan baru ketika sedang melayari internet. Sayangnya kita tidak dapat memanfaatkan penemuan perkataan-perkataan baru tersebut untuk menambahkan perbendaharaan kata dan penguasaan bahasa kita. Ini disebabkan remehnya hendak membuat semakan di dalam kamus kerana kita terpaksa melakukan 2 kerja dalam satu masa - mengendalikan komputer dan membuat semakan di dalam kamus buku.

Menyedari hakikat ini sebuah syarikat Bumiputera, iaitu Alaf Teras telah memperkenalkan perisian e-Kamus pertama pada tahun 2000. Kini setelah 10 tahun berkecimpung membangunkan perisian e-kamus, e-Kamus 5.02 adalah merupakan versi paling terkini dan sofistikated dengan kemampuan mencari makna perkataan secara gerakan tetikus dan juga dwiklik. Ini adalah fungsi yang menarik di mana pengguna tidak perlu menaip huruf untuk mendapatkan makna sesuatu perkataan - cukup dengan gerakan tetikus atau dwilik pengguna akan melihat makna perkataan dengan hampir serta-merta di tetingkat khas e-Kamus 5.02 yang muncul. Pada masa yang sama pengguna dapat menentukan sendiri jenis kamus yang mereka ingin guna setiap kali menghidupkan perisian.

Perisian e-kamus 5.02 turut didatangkan dengan pelbagai pilihan jenis kamus yang semestinya menepati keperluan anda. Pada masa ini terdapat 17 jenis kamus yang anda boleh gunakan termasuk kamus-kamus istilah. Selain daripada itu perisian e-Kamus 5.02 juga mempunyai mempunyai penyemak ejaan Bahasa Melayu yang akan dapat berintegrasi dengan MS Words apabila perisian ini dipasang di komputer anda. Penyemak ejaan ini akan menandakan perkataan yang tersalah eja dan akan memberikan perkataan-perkatan cadangan. Jika anda seorang yang kerap menaip dan menyediakan dokumen dalam Bahasa Melayu, e-Kamus 5.02 juga adalah
merupakan pilihan yang tepat untuk anda.







Anda juga boleh terus ke laman web tersebut dengan mengikuti pautan di bawah ini.


Catatan oleh: Norza Mohd Saleh

26.1.10

Watikah...

Isnin baru-baru ini berlangsung upacara penyerahan watikah pelantikan pengawas sekolah... Malangnya tetamu yang dijemput tidak dapat hadir di saat-saat akhir.. Upacara ini dilangsungkan sekali dengan watikah untuk ketua & penolong ketua kelas... kecil-kecilan saja... nak buat grand, bajet ciput...


Tuan Pengetua sedang berucap pada pembukaan majlis, seterusnya merasmikan Majlis Penyerahan Watikah...

Kelihatan beliau memakai songkok berjalur putih tanda berkabung di atas kemangkatan DYMM Almarhum Sultan Johor..







Orang kuat majlis.... Macam kenal????
Pakai tudung putih.... berkabung juga..














Wajah Ketua Pengawas yang baru.. tenang... cool...
Pelajar ini merupakan harapan sekolah untuk cemerlang dalam SPM


 



Penolong Ketua Pengawas 1... Tegas, ceria...




Penolong Ketua Pengawas 2... Sistematik, serius...
Harapan sekolah untuk sasaran 10A SPM 2010





Nak cerita panjang-panjang pun nanti banyak buat silap... So kesimpulannya selesai penyerahan watikah, kami bergambar beramai-ramai...


Gambar Pengawas SMK Seri Medan 2010

17.1.10

Stormreader

Apa khabar semua? Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat dengan rakan-rakan berkenaan perniagaan yang saya beru sertai..

 
Bak kata Sifu-Lan, dia tak gemar MLM... Sebenarnya saya pun tak gemar juga.. Tapi oleh kerana program lebih kepada menyampaikan ilmu, saya rasa terpanggil untuk join sebagai memenuhi fardhu kifayah & tuntutan agama...

 
Dengan mendaftar sebagai ahli, anda akan mendapat e-kedai yang boleh menjual barangan seperti kitab-kitab, buku-buku motivasi & e-book secara percuma.. tak perlu simpan stok dengan modal yang besar seperti MLM lain.. harga buku pun lebih kurang sama dengan yang dibeli di kedai.. So, anda tidak menzalimi pembeli. Layout e-kedai anda adalah seperti di bawah...

 

Anda boleh log in dan edit mengikut kesukaan anda dengan templat menarik yang disediakan.. Setiap jualan terkumpul e-kedai akan diberi ganjaran kepada anda sebanyak 20%.. untuk maklumat lanjut boleh klik pada poster di atas..
Antara penyumbang penulisan buku ialah:
  • Ustaz Ismail Kamus
  • Ustaz Zahazan
  • Ustazah Sit Nur Bayah
  • Dato' Dr Mohd. Fadhilah Kamsah
  •  Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet)
  • Chef Kamarul (A-La Cart - NTV7)
  • Chef Sabri (Spice Route - TV3) dan lain-lain lagi...

6.1.10

Dibayar hingga $20+ untuk satu klik?? Betul ke?

Betul!!! Kalau selalunya kita asyik cerita tentang pembayaran kurang dari U$0.50 untuk satu klik, percaya atau tidak, Adsense juga boleh bayar sehingga U$20+ untuk satu klik, kalau kena pada content. Dalam kes ini, iklan tentang Auto Insurance mengambil tempat paling tinggi dalam sejarah "pay-per-click".

Setakat yang saya lihat kebanyakan orang kita (Melayu) sangat gemar membina blog tentang MLM, atau buat duit segera dan meletakkan iklan Adsense untuk monetize. Kadar bayaran untuk content "blogging" hanya sekitar kurang U$1.00 atau lebih sikit saja... Saya tunjukkan perbandingannya...

$1.26 Blogs
$0.95 Blogging for money
$0.82 Blog tips
 
Sedangkan kalau blog "content" kita berkaitan dengan insuran kereta (auto insurance) atau yang seumpamanya, kita boleh buat lebih banyak keuntungan.. seperti;
 
$20.87 Auto insurance quotes
$20.37 Get auto insurance quotes
$20.19 Compare auto insurance

ini adalah bayaran untuk SATU KLIK! Contoh lagi...

$19.38 Auto insurance comparisons
$19.02 Auto insurance quote
$16.28 Instant auto insurance
$14.67 Affordable auto insurance
$13.87 Auto insurance companies
$13.52 Auto insurance rates
$12.49 Auto insurance discounts
$12.19 Auto car insurance
$10.50 Student auto insurance
$9.72 Auto insurance brokers
$9.51 General auto insurance
$7.92 American auto insurance

Cuba bayangkan kalau ada 10 orang klik dalam satu hari??? Nak lebih meluas lagi, buatlah blog dalam bahasa Inggeris... Boleh letak affiliate yang lain lagi...
 
Sumber:.. http://www.ourblogtemplates.com/2009/12/ads-with-20-price-per-click.html

2.1.10

0

Pengorbanan Seorang Ibu...

Bukan nak mengeluh, bukan nak menyesal... Cuma mungkin ini yang dikatakan pengorbanan seorang ibu...

Nak dijadikan cerita, tempoh hari saya baru beli sebuah mini laptop. Cadangnya nak guna untuk mengajar etc.. Tapi memandangkan keperluan anak untuk menyiapkan kerja kursus lebih penting nampaknya terpaksa lah beri dia guna.. Sebelum ini bukan tak pernah dibekalkan laptop padanya, tapi pencuri telah menceroboh biliknya can curi laptop berharga RM2k++ tu sewaktu dia tidur... Syukur dia tak diapa-apakan.. Nak belikan laptop baru, saya bukan cap duit.

Anak punya pasal, nampaknya saya berkorbanlah dengan rela hati.. Kalau tak nanti payah plak. Dahlah dia tu ambil kursus IT. Sem ini ada paper comp. network & JAVA. Penggunaan komputer semakin mendesak, dah tak boleh tumpang kawannya lagi...

Cuma yang saya harap, dia akan kenang segala pengorbanan ini.... Kejayaanya paling utama...

Related Posts with Thumbnails

Visit the Sponsor

My Links Exchange

|
|LinkShare  Referral  Prg | Personal blogs | Carta Top Blog Ukhwah.com | | Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia | BlogMalaysia.com | ButtonGenerator.com |

Pengikut

Ke Atas